Wednesday, November 25, 2009

Bagaimana Telinga Berfungsi

Struktur Telinga Kita

Tahap keterukan & Jenis Masalah Pendengaran

Tahap keterukkan Masalah Pendengaran atau Degree of hearing loss boleh di bahagikan kepada :

  1. Normal (<20>
  2. Sedikit "mild hearing loss" (20 - 40 desibel)

  3. Sederhana "Moderate Hearing loss" (40 - 70 desibel)

  4. Teruk "severe hearing loss" (70-90 desibel)

  5. Sangat Teruk "Profound hearing loss" (>90 desibel)

Di Bawah ini adalah carta audiogram di mana menunjukkan tahap bunyi yang mana seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sukar mendengar pada objek/vokal/konsonan yang dipaparkan di dalam carta

Manakala Jenis Masalah Pendengaran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

  1. Masalah Pendengaran Jenis Konduktif
  2. Masalah Pendengaran Jenis Sensori
  3. Masalah Pendengaran Jenis campuran

------> Bagi Jenis Konduktif (Conductive hearing loss)

biasanya ia melibatkan masalah di bahagian telinga luar iaitu mulai daripada cuping telinga ke telinga tengah iaitu yang melibatkan bahagian gegendang, tulang-tulang osikel dan ruang di dalam telinga tengah itu sendiri.

------> Bagi Jenis Sensori (sensorineural hearing loss)

Biasanya ia melibatkan organ pendengaran kita iaitu organ koklea yang terletak di dalam bahagian telinga dalam.

------> Bagi Jenis Campuran (Mixed Hearing loss)

Bagi keadaan ini , ianya melibatkan masalah pendengaran campuran iaitu dari jenis konduktif dan sensori. Ianya melibatkan masalah di telinga bermula dari telinga luar iaitu cuping telinga ke telinga bahagian dalam.

Di harapkan para ibu bapa dapat memahami apa yang telah saya terangkan di atas.

sekian untuk kali ini..

Assalamualaikum

Friday, May 8, 2009

Anatomi Telinga dan Fungsinya


Bunyi pertuturan ditangkap dan kemudiannya akan dihantar secara gelombang bunyi ke telinga pendengar. Telinga mengandungi tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Bahagian telinga luar mengandungi pinna dan salur telinga. Ia berfungsi untuk menangkap gelombang bunyi menghala ke gegendang telinga. Semasa proses penghantaran bunyi ini, gelombang bunyi diubah dengan memodifikasikan komposisi spektral bergantung kepada kawasan di dalam telinga (Shaw 1974; Hebrank & Wright 1974). Terdapat kesan resonan pada pinna dan salur telinga di mana ianya meningkatkan tekanan bunyi dalam julat 2 hingga 7 kHz (Shaw 1974).

Gelombang bunyi sampai ke gegendang telinga lalu menggetarkan gegendang tersebut. Getaran gelombang bunyi dihantar ke telinga tengah di mana terdapatnya tulang-tulang osikel yang menguatkan gelombang bunyi yang hadir. Kawasan telinga tengah adalah dikenali sebagai rongga yang dipenuhi udara. Kemudiannya gelombang bunyi yang telah dikuatkan dihantar ke telinga dalam iaitu koklea di mana ianya dipenuhi dengan cecair. Bunyi dipindahkan melalui medium cecair tersebut dan mengaktifkan sel rerambut luar dan sel rerambut dalam. Seterusnya bunyi tersebut dihantar ke kawasan fungsi tertinggi melalui saraf auditori untuk ditafsirkan (Katz 1998).
Di alih bahasa oleh Nora..
mengikut penulisan tesis saya.