Sunday, April 29, 2012

Apa Itu Jaundice atau Demam Kuning?

APA ITU JAUNDIS/DEMAM KUNING?

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.

BAGAIMANA MERAWAT JAUNDIS?

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari.

Tips mandikan Bayi Baru Lahir

1.Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. 
Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. 
Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.

2.Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain menggunakan air suam,
ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap.
Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk.

3.Waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang.

4.Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

CARA-CARA MANDIKAN BAYI:-

Langkah pertama*
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah kedua*
Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.
Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat
Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.

Langkah ketiga*
Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.
Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.
Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.

Langkah keempat*
Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.
Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.
Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.
Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.

Makanan Pertama Bayi berbentuk Pejal


Makanan pejal pertama boleh disediakan dengan mudah di rumah tanpa sebarang garam, perisa atau gula. Makanan tersebut hendaklah dilenyek dengan sempurna, tetapi anda mungkin menukarnya selepas beberapa bulan. Antaranya:
1.Mulakan dengan memberi makanan sejenis sahaja

2.Berikan bayi anda makanan cereal yang banyak mengandungi zat besi

3.Kemudian, sayuran dan buah-buahan

4.Berikan daging dan ayam bagi gayi berusia 7-8 bulan.

5.Minuman susu bagi bayi berusia kurang 12 bulan adalah susuibu atau susu formula. Bagaimanapun, anda boleh juga memberi susu segar lembu, yogurt dan makanan cereal bagi bayi berusia 7-8 bulan

6.Elakkan sebarang bentuk makanan keras seperti kacang atau bahagian sayuran keras, yang mana boleh mengakibatkan bayi tercekik

7.Jus buah-buahan citrus tidak sesuai untuk bayi

5 Sebab kenapa BABY MENANGIS ATAU TERJAGA MALAM



1) Baby lapar
- Perkara pertama yang menjadi kebiasaan baby menangis ialah dia lapar dan perlukan makanan, jadi kepada ibu perkara pertama yang anda harus lakukan ialah berikan baby susu.


2) Baby Buang Air Besar atau Kencing

- Kalau baby nangis anda bagi susu pun dia tak nak, perkara seterusnya yang anda lakukan ialah tengok pampers baby anda kalau ada apa tunggu lagi cepat-cepat ler tukar pampers tu ok..hehe


3) Baby perlukan belaian manja

- Kebanyakan baby perlukan belaian manja terutama daripada maknya sendiri..,anda haruslah mendodoikan anak anda ataupun mengusap perut atau kepalanya sambil berborak. Baby sebenarnya cuba berkomunikasi dengan anda..,tapi dia tak reti sebab tu dia nangis..('',)


4) Baby tak selesa

- Perkara ini lain baby lain perangainya..,tetapi ada segelintir baby perlukan keselesaan dari segi tempat sunyi dan tidak bising. Selain itu faktor suhu bilik atau kawasan juga main peranan penting untuk baby anda., pastikan baby anda selesa dengan suhu yang sesuai tidak terlalu sejuk dan terlalu panas.


5) Baby kembung perut

- Perkara biasa yang dialami oleh baby yang baru lahir ialah kembung perut.., bila baby kembung perut peratus dia menangis tanpa henti sangat tinggi., apa yang perlu anda buat ialah tenangkan baby anda dengan pelbagai cara antaranya usap perut dia dengan minyak yang sesuai.

Tips Ibu Muda |Tips Elak Bayi Tercekik SUSU


✿⊱╮Bagaimana bayi boleh tersedak/tercekik?

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu tersebut akan terus mengalir membuatkan bayi akan tersedak dan susu tersebut akan masuk ke saluran pernafasan.

✿⊱╮Tips Mengelak Bayi Tercekik.

~✿Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden yang tidak diingini.
~✿Apabila tersedak dalam jumlah sedikit berpotensi menyebabkan pneumonia. Ada bayi yang muntah selepas minum susu, jika ini berlaku, cepat-cepatlah angkat bayi tersebut dan pastikan bayi tersebut sedawa setiap kali selepas minum susu.
~✿Cara terbaik untuk mengelak bayi tersedak atau lemas susu ialah dengan memberi susu badan. Ini kerana apabila menyusu badan, susu hanya akan keluar apabila bayi menyedut sahaja.
Jadi apabila bayi tertidur ketika menyusu badan, susu tidak akan mengalir dan mengurangkan risiko tercekik susu.
~✿Kalau di pusat jagaan anak-anak pula, pastikan jumlah bayi di situ tidak begitu ramai. Lagi sedikit jumlahnya lagi baik kerana pengasuh boleh memberi tumpuan kepada anak asuhannya.
Ini amat penting bagi memastikan tumpuan maksimum dapat diberikan kepada bayi tersebut terutama ketika mereka sedang minum susu botol

KHASIAT KURMA KEPDA ANAK DAN IBU HAMIL


Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir,
>>Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. 
>>Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. 
>>Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.
>>Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus.
>>Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. >>Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh.
>>Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

tag: makan kurma, Khasiat kurma, Kurma sunnah Rasulullah, Kurma banyak vitamin, vitamin kurma, kurma untuk ibu hamil, kurma bagi bayi, kurma sihat badan, kurma tinggi glukose, kurma minda,