Sunday, April 29, 2012

Tips Ibu Muda |Tips Elak Bayi Tercekik SUSU


✿⊱╮Bagaimana bayi boleh tersedak/tercekik?

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu tersebut akan terus mengalir membuatkan bayi akan tersedak dan susu tersebut akan masuk ke saluran pernafasan.

✿⊱╮Tips Mengelak Bayi Tercekik.

~✿Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden yang tidak diingini.
~✿Apabila tersedak dalam jumlah sedikit berpotensi menyebabkan pneumonia. Ada bayi yang muntah selepas minum susu, jika ini berlaku, cepat-cepatlah angkat bayi tersebut dan pastikan bayi tersebut sedawa setiap kali selepas minum susu.
~✿Cara terbaik untuk mengelak bayi tersedak atau lemas susu ialah dengan memberi susu badan. Ini kerana apabila menyusu badan, susu hanya akan keluar apabila bayi menyedut sahaja.
Jadi apabila bayi tertidur ketika menyusu badan, susu tidak akan mengalir dan mengurangkan risiko tercekik susu.
~✿Kalau di pusat jagaan anak-anak pula, pastikan jumlah bayi di situ tidak begitu ramai. Lagi sedikit jumlahnya lagi baik kerana pengasuh boleh memberi tumpuan kepada anak asuhannya.
Ini amat penting bagi memastikan tumpuan maksimum dapat diberikan kepada bayi tersebut terutama ketika mereka sedang minum susu botol

No comments:

Post a Comment