Sunday, April 29, 2012

KHASIAT KURMA KEPDA ANAK DAN IBU HAMIL


Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir,
>>Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. 
>>Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. 
>>Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.
>>Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus.
>>Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. >>Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh.
>>Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

tag: makan kurma, Khasiat kurma, Kurma sunnah Rasulullah, Kurma banyak vitamin, vitamin kurma, kurma untuk ibu hamil, kurma bagi bayi, kurma sihat badan, kurma tinggi glukose, kurma minda,

No comments:

Post a Comment