Sunday, April 29, 2012

Apa Itu Jaundice atau Demam Kuning?

APA ITU JAUNDIS/DEMAM KUNING?

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.

BAGAIMANA MERAWAT JAUNDIS?

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari.

No comments:

Post a Comment