Sunday, April 29, 2012

5 Sebab kenapa BABY MENANGIS ATAU TERJAGA MALAM



1) Baby lapar
- Perkara pertama yang menjadi kebiasaan baby menangis ialah dia lapar dan perlukan makanan, jadi kepada ibu perkara pertama yang anda harus lakukan ialah berikan baby susu.


2) Baby Buang Air Besar atau Kencing

- Kalau baby nangis anda bagi susu pun dia tak nak, perkara seterusnya yang anda lakukan ialah tengok pampers baby anda kalau ada apa tunggu lagi cepat-cepat ler tukar pampers tu ok..hehe


3) Baby perlukan belaian manja

- Kebanyakan baby perlukan belaian manja terutama daripada maknya sendiri..,anda haruslah mendodoikan anak anda ataupun mengusap perut atau kepalanya sambil berborak. Baby sebenarnya cuba berkomunikasi dengan anda..,tapi dia tak reti sebab tu dia nangis..('',)


4) Baby tak selesa

- Perkara ini lain baby lain perangainya..,tetapi ada segelintir baby perlukan keselesaan dari segi tempat sunyi dan tidak bising. Selain itu faktor suhu bilik atau kawasan juga main peranan penting untuk baby anda., pastikan baby anda selesa dengan suhu yang sesuai tidak terlalu sejuk dan terlalu panas.


5) Baby kembung perut

- Perkara biasa yang dialami oleh baby yang baru lahir ialah kembung perut.., bila baby kembung perut peratus dia menangis tanpa henti sangat tinggi., apa yang perlu anda buat ialah tenangkan baby anda dengan pelbagai cara antaranya usap perut dia dengan minyak yang sesuai.

No comments:

Post a Comment